perkasamisi06

Thursday, June 29, 2006

PERKASA MISI

PERKASA MISI 2006

pre-departure
Akhawat siapkn sarapan smpikol 2Kol 4.15 dah kene berkump di balairaya

departure..
kami bergerak dengan 9 (baca: SEM-BI-LAN) buah kenderaan..berkonvoi beramai2..teng teng teng teng..tung tung tun tung..eit..jugugugugug..eit..jgugugug..semua peserta mengekor saje dari belakang..ke sebuah destinasi yg hanya ALLAH & enche' enche' faci saje yg tau..

sarapan


SOLAT SUBUH


SOLAT FAJR--TIADA PANGGILAN SEPENTING SERUAN ILAHI


BERGERAK KE BASE CAMP--SK KUALA POMSON




tali jumanji


bearing
‘jumpa di waterfall!’

ilmu survival—daun senduduk & kayu banir

hafazan hadith & surah as-saff

Bukit semput (hnsfp….hmmmsfff…semput den!)

STAGE 1: ke banjaran andes junior –mendapatkan awan sembilan, bekalan tenaga


hijau dan tenang
macam tak percaya ada lagi tempat mcm ni kat dunia ni
di tengah kekecohan karam singh waliya memperibahasakan ttg isu alam sekitar
Allah izinkan kami jejakkan kaki di sini
hijau
aman
nyaman
tenang
bekalan utk ketabahan yg panjang
seyumlah wahai pejuang
tenangkan hati dengan mengingati Tuhan
perjalanan masih jauh...
semoga kita antara yang menang


nila dye awan-awan sembilan--
bekalan tenaga sepanjang jalan da'wah..
yang disembunyikan di tengah banjaran andes junior...
alhamdulillah!! yeah!! we found it!!we found it!!

Fear factor 1—mr PAC-Aaa-T

FEAR FACTOR UTAMA: MENGHADAPI CABARAN PACAaaAT!!(erk...eyw..)
ada beberapa pendirian dalam menghadapi cabaran tentera pacat yang sememangnya dah cukup bersedia utk bertempur dengan kami
1-Jalan sajala labu..nnti sampai waterfall baru buang sume..biar je die hisap darah kite
2-garaaam...garaaam...^___^
3-berenti! berenti! org depan berenti jap..wokeh...jalan!!! (hehe)


STAGE 2: mencari bunga manggar—ke kenduri di tengah belantara!

FEAR FACTOR 2: UNDER THE SPIDER WEB (ngehehe...)

huwa....leftenan adnan junior??? nope...muhammad al-fateh in the making..akan ke Palestin membuka kota Palestin dan mengembalikannya kepada mereka yang layak...

sabun fab mak awak boleh bersihkan kotoran ni tak? ^__^

STAGE 3: Bukit semput (hnsfp….hmmmsfff…semput den!)

STAGE 4: hiyak!! teruskan!!! kita akan ke THE LOST WATERFALL!!! yeah!!

THE LOST WATERFALL..MISSION POSSIBLE

FEAR FACTOR 3: DIVE!!! DIVE TO SURVIVE!!!
enche'2 faci telah menyembunyikan makanan kami di dasar sungai!!! di puncak THE LOST WATERFALL...airnya menghampiri takat beku (huhu)..dan tekanannye dasyat..esp lepas keletihan mendaki bukit semput..ikut hati takyah amik lunch tu pon takpe..hehe..tapi kite kene teruskan!!! kalau tak..hilang 1 nilai tambah...biar susah..keranan kesusahan itu yg menambahkan kemanisan berjuang

di saat ini..ramai yang membuat aktiviti menghalau pacaat2..maka pacaat2 pon digenocidekan dan diexoduskan!!! hiyak2...eyw...

LUMPUR skating & semak hafazan

kami sungguh bersemangat dalam perjalanan pulang, hasrat hati nak beat the time recorded mase kami dalam perjalanan pergi menuju ke THE LOST WATERFALL..kami berlari laju mengharungi belantara...kami menuruni bukit semput dengan meluncur!! (memang dasyat!!! beg, baju, seluar, tudung, sume jadi senada 1 warna! sakit uuu..serious! tapi lebih cepat dengan cara ni) enche'2 faci mendoakan agar hari hujan di waktu petang agar kesukaran perjalanan pulang bertambah -__- kami tak kisah..tapi Allah tak memakbulkan doa mereka (ngehehe)
tersadung akar melilit, kami teruskan..memang sakit, calar balar habis tangan...berdarah..kami teruskan...yeah! kami akan sampai di banjaran andes junior dan seterusnya di base camp sebelum malam--ITU CITA2 KAMI...
ketika ini, mmg sudah ada beberapa anggota batalion yg cedera..kami bantu mereka berjalan..TERUSKAN!! kita mesti teruskan!!!! jangan berhenti!!
selamat kembali duhai pejuang!! teruskan mara..jgn berhenti!! perjuangan baru bermula
_________________________________
ALHAMDULILLAH!! kami berjaya sampai di bajaran andes junior kira-kira jam 6.30petang!! hanya (hanya???) 3 jam 15 minit dari the lost waterfall berbanding 5 jam perjalanan pergi tadi. kami sungguh bersemangat kerana dapat menikmati semula pemandangan banjaran andes junior dan empangan yang suuuuuuungguh menyamankan!!! hasrat hati nak teruskan ke base camp..tapi sungguh pelik kerana akh abu dzar ketua batalion kami tak berganjak2 hingga hari mengengsot GELAP!!!
sementara menunggu arahan ketua, kami buat pelbagai aktiviti. bukak pusat urut kaki, pusat jual minyak urut, pertandingan mencari baju sama, sesi bergambar...sesi menghalau pacat...dan yang paling syahdu...membaca ma'thurat di saat maghrib hampir tiba..
2 org enche' faci datang utk menyemak hafazan hadith kami--hadith 9 & 15..ala2 persembahan kami membaca dari hafalan kami
peserta 1: baca sanad
peserta 2: man kaana yu'minu billahi walyaumil aaakhir
peserta 3: falyaqul khairan au liyasmut
peserta 2: man kaana yu'minu billahi walyaumil aaakhir
peserta 3: falyukrim jaarahu
peserta 2: man kaana yu'minu billahi walyaumil aaakhir
peserta 3: falyukrim dhoifahu
peserta 4 & 5: buat choral speaking membaca maksud hadis
^_______________^
sengaja. itu yang para enche'2 faci cuba lakukan. mereka sengaja nak bagi kami balik malam!! huhu. mereka tak sangka batalion akan sampai di banjaran andes junior secepat ini!!

NITE EXPLORER & Ilmu survival—1 lampu suluh

terasa bagai menghayati hijrah...berjalan di tengah malam, beberapa kali terbenam di dalam selut, terjatuh di tgh semak, di dalam longkang...

1 kumpulan hanya dibekalkan 1 lampu suluh, itupun ada yang hidup segan mati tak mahu (huhu..) lalu kedengaran la dialog2 popular seperti:

"berjalan di sebelah kanan, lampu ke kiri"
"berjalan di sebelah kiri, lampu ke kanan"

perjalanan sepatutnya tak sebegitu lama..tapi kerana gelap dan lampu yang samar2..perjalanan menjadi bertambah buruk...ada yg sudah kekejangan..kami pimpin juga berjalan...

kami melaungkan kata2 motivasi: "sabar..sabar...dah nak sampai Madinah ni" sayu dan sepi. perjalanan hijrah Nabi tentu 5000X jauh lebih sukar! jangan putus asa!! teruskan..

bulat niat tekadmu
dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
tempuh jalan yang diredhai

andai rasa diri lemah
di perjalanan hijrahmu
sendirian tiada mampu
mohonlah pada Tuhanmu

hijrah ini memang susah
hijrah ini memang payah
hijrah ini menuju Allah
di hujungnya hasanah

hijrahmu menuju Allah
ia sunnah para nabi
para salihin dan muttaqin
kembara hati menuju Ilahi

andai rasa diri lemah
di perjalanan hijrahmu
sendirian tiada mampu
mohonlah pada Tuhanmu


hijrah ini memang susah
hijrah ini memang payah
hijrah ini menuju Allah
di hujungnya hasanah

__________________________
nota sisi--mohon maaf dengan sangat kepada semua faci atas kenakalan kami...

nota sisi kanan ^__^--memang bagus SAFF PERDAUS buat nite explorer a.k.a HIJRAH WALK sempena menyambut awal muharram..perjalanan di tgh malam..di tgh kepayahan memang penuh dengan hikmah dan ibrah..

TERIMA KASIH ^___^

TERIMA KASIH ^___^